Sunday, November 22, 2009

LOST WATERFALLS HERE WE COME...


Memang payah untuk merakamkan benda-benda unik ni, termasuklah nak merakamkan Lost Waterfalls. Bukan apa, baru aja aku halakan lensa kamera ke mana-mana angle, berduyun-duyun model-model beraksi. Cemerkap sungguh model-model berbanding jurukamera. Tak apa, itulah yang dinamakan cabaran. Tak mencabar, tak gemerincing la ye tak?




Aku mencari-cari lokasi di mana dapat ku tunjukkan dasar air terjun ini. Setiap kawasan itu sentiasa dipenuhi model-model yang sedang bertenggek menikmati kesegaran air terjun sambil menikmati gerakan kamera ku. Bak tarian hip-hop. Bukan senang nak pergi ke bawah sana. Lantainya semata-mata batu yang berceracak menggigit bontot-bontot yang berlabuh dan telapak kaki yang memijaknya.









Memang satu kepuasan bila berjaya tiba ke situ. Lara Croft pastinya menangis atau  terghoyok bak kata orang Bota sebab kami telah sampai dulu ke situ.

Titisan air terjun itu jatuh satu persatu bak deretan mutiara-mutiara halus yang bersinar. Kami sempat merakamkannya untuk tatapan semua. Tapi kan lebih seronok kalau dapat melihatnya sendiri. Jadi apa lagi contact lah Middle Earth... He he..







Bukan le aku sengaja mahu promote Middle Earth tapi keindahan semulajadi ini hanya terdapat di sini. Jika mahu ke sini, bukan boleh suka-suka  datang sendiri. Kenalah cari jurupandu arah yang betul-betul berpengalaman. Macam Middle Earth...

Inilah model-model belantara yang sejati dengan ketampanan semulajadi.
Foto ni sepatutnya dah menjadi penghias muka depan majalah National Geographic isu bulan itu tapi telah dibatalkan sebab terdapat wajah di antara wajah-wajah tampan kita.
Hmmm.... foto ni masuk gak dalam majalah tapi sebagai Peraduan Mencari Gambar Tersembunyi.
Sebenarnya kan, cameraman nak fokus kat muka BJ yang ala-ala Lanun Belantara tu, tapi nak buat macam mana kan, aura wajah jejaka tampan berdua tu lebih menyerlah...

Dan seperti biasa, tak sah kalau 3 sekawan ni tak berposing di setiap lokasi yang dijejaki...

Dan alarm pada longgokan di sebalik kulit sekitar pusat kami pun berbunyi menandakan waktu untuk diisi. Aku maksudkan perut dah lapar le... takda unsur-unsur yang perlu disensor pun...

Dan kami pun segera bergegas ke tapak istirehat kami (tempat yang tadi tu ler). Sedar-sedar semua orang telah tiada di situ meninggalkan aku bersama kamera ku. Sebelum model lain muncul, baik aku belah... Sambil terhincut-hincut, aku pun berlari anak mengekori bapak-bapak yang tidak meluru ke destinasi tanpa menoleh lagi.

Belum habis lagi.... Tunggu.... Menaip lagi letih dari treking tau...