Saturday, October 24, 2009

TREK YANG MENCABAR!!!


Pagi itu, subuh-subuh kami sudah bangun. Terujalah katakan. Sejuk-sejuk pun, mandi jugak di sungai sana. Dari kawasan khemah kena turun ke bawah sana, kira-kira seperlaungan juga, untuk sampai ke sungai. Air sungai, biasalah kan, sungguh menyegarkan. Berbaloi sampai ke situ.

Bila pagi, barulah teringat nak ambil gambar tempat tidur kami di khemah. Memang seronok dan selasa tidur macam ni. Diulit oleh bayu belantara yang segar, suci lagi murni.
Guide-guide dari Middle Earth memang cool aja sepanjang masa. Ramai. Cuma ingat nama Edi, Amer dan Tonga aja...

4 hardcore dari S.U.Z.I.: Jiba, Fuad, Miorov dan Aery.


Trek ke Lost Waterfall memang sukar dan mencabar. Memanglah kalau bebudak guide, mereka ambil masa 3 hingga 4 jam untuk sampai ke sana tetapi untuk orang biasa yang jarang-jarang treking, lama weh nak tiba ke sana. Mahu terlajak sampai malam... He he..

Dari tapak perkhemahan, kami menyeberangi sungai berhampiran dan menyusuri tebing di sebelah kanan sungai atau anak sungai yang berjeram. Dari jenis belukar dan pepohon di sekitar itu, nampaknya kawasan ini memang telah diterokai untuk tujuan pembalakan atau pun pertanian. Banyak terdapat pokok cempedak.


Semakin jauh berjalan, belukar-belukar kecil berganti hutan, tetapi bukanlah hutan tebal. Udara di situ betul-betul segar tanpa pencemaran. Bak kata Tuan Haji Abu Hassan, Pengarah JAS Perak, kita beruntung kerana mendapat bekalan oksigen percuma. Jika di negara maju seperti Jepun, mereka terpaksa membeli oksigen-oksigen dalam tangki dengan harga yang mahal. Kalau Mariah Carey tahu, tentu beliau akan ke mari untuk mendapatkan oksigen percuma bagi menjaga vokalnya. Patutlah vokal CT Nurhaliza begitu mengancam.... Membesar dengan oksigen semulajadi dari hutan Pahang rupanya.

Sungai yang kami susuri itu, entah apa nama sungai itu, selain dari jernih airnya juga berbatu-batu dan berjeram-jeram. Keindahannya begitu unik sekali. Hanya bila kita berada di situ barulah kita tahu betapa berharganya alam semulajadi. Keindahan yang tidak dapat dicipta oleh manusia.

Penat berjalan, kami berehat sambil menikmati kesegaran air sungai. Tentulah boleh diminum dan sedap rasanya. Kalau tidak percaya, contact lah Middle Earth dan pergilah berkunjung ke situ.

Bergambar kenangan berlatarbelakangkan keindahan di situ adalah aktiviti wajib. Kalau tidak sia-sia aja si Aery menggendong tripod kameranya sampai jatuh-jatuh terkangkang dalam sungai.

Malangnya bukan di sepanjang jalan Aery dapat mengambil gambar. Apa taknya, kami semua kena berjalan dengan pantas supaya dapat tiba ke Lost Waterfall sebelum jam 12.00 tengahari. Dengar khabar, pada jam 12.00 tengahari kita akan dapat melihat butiran-butiran air terjun jatuh bak manik-manik halus di celah-celah cahaya mentari.

Kami tiba juga di Lost Waterfall!!! Tentulah sebelum jam 12.00 tengahari. Letih banget, tak larat nak beposing-mosing. Janji ada gambar je udah. Bagaimanapun, senyuman menten.



Tuan Haji berhenti berehat sebelum menyeberangi balak tumbang yang merentangi sungai. Susah untuk menyeberangi balak ini terutama bagi mereka yang gayat. Aku pun sesak nafas gak dibuatnya....

Cupp sekejap! Ini belum lagi sampai ke Lost Waterfall sebenarnya. Lost Waterfall terletak 15 minit berjalan brutal dari tempat ini. Kami cuma berehat untuk makan tengahari di sini.
Ingin bersama kami ke Lost Waterfall? Tunggu.......