Monday, October 26, 2009

AIR TERJUN... EH APA NAMANYA EK? LUPA DAA..


Sebelum ke Lost Waterfall kami dibawa ke sebuah air terjun lain kira-kira 15 minit dari tapak di mana kami berhenti untuk berehat dan makan tengahari. Entah, dah lupa apa nama air terjun ini. Memang cantik dan menawan.
Kami pun apa lagi, berposing sakan..... Yang tak syioknya, bahu kanan si Aery yang masih terseliuh itu menyebabkan dia tidak dapat mengambil shot-shot yang lebih mengancam. Dia terperuk di satu sudut takut terjatuh di celah-celah batu. Tak dapat nak bergayut-gayutan sambil mengambil gambar sebagaimana biasa.
Camana pun, sesi posing memosing tetap berlangsung. Tangan sakit, pakai ekor pun boleh maah...
Biasalah, kalau dah pro, kat memana pun posing tetap menten, tak yah touch up pun OK. Yang penting photographernya hebat gitu. Modelnya kalau dah hensem dan jelita, muka penuh lumpur pun, menyerlah kan...
Dan kami pun bersantai-mantai dengan sepuas-puasnya. Puas ke? Mana ada... Kami berhenti sekajap je. Lama-lama tak boleh, nanti pukul berapa nak sampai ke Lost Waterfall?
Yang ini bukan Lost Waterfall weh... Tak nampak ke takungan air yang sama besar ngan kolam renang Dewan Bandaraya Ipoh tu. Kan dah cerita awal-awal tadi, Lost Waterfall air terjunnya jatuh ke permukaan batu-batan tanpa bertakung atau mengalir jadi sungai. Ia melesap terus ke perut bumi. Tak percaya ah...? Nanti kita tengok....

Ini air terjun apa lak? Hmm... kalau nak tahu, senang cerita, tanya aja kat guide-guide Middle Earth tu. Edi boleh, Wan boleh, Amir boleh, Tonga boleh..... Mereka tentu tahu. Ala, contact aja mereka kat Middle Earth. Kalau dah contact tu, buat aja le Rombongan Che' Kiah ke sana... He he...
Jom kita pi melawat the Lost Waterfall pulak...

Saturday, October 24, 2009

TREK YANG MENCABAR!!!


Pagi itu, subuh-subuh kami sudah bangun. Terujalah katakan. Sejuk-sejuk pun, mandi jugak di sungai sana. Dari kawasan khemah kena turun ke bawah sana, kira-kira seperlaungan juga, untuk sampai ke sungai. Air sungai, biasalah kan, sungguh menyegarkan. Berbaloi sampai ke situ.

Bila pagi, barulah teringat nak ambil gambar tempat tidur kami di khemah. Memang seronok dan selasa tidur macam ni. Diulit oleh bayu belantara yang segar, suci lagi murni.
Guide-guide dari Middle Earth memang cool aja sepanjang masa. Ramai. Cuma ingat nama Edi, Amer dan Tonga aja...

4 hardcore dari S.U.Z.I.: Jiba, Fuad, Miorov dan Aery.


Trek ke Lost Waterfall memang sukar dan mencabar. Memanglah kalau bebudak guide, mereka ambil masa 3 hingga 4 jam untuk sampai ke sana tetapi untuk orang biasa yang jarang-jarang treking, lama weh nak tiba ke sana. Mahu terlajak sampai malam... He he..

Dari tapak perkhemahan, kami menyeberangi sungai berhampiran dan menyusuri tebing di sebelah kanan sungai atau anak sungai yang berjeram. Dari jenis belukar dan pepohon di sekitar itu, nampaknya kawasan ini memang telah diterokai untuk tujuan pembalakan atau pun pertanian. Banyak terdapat pokok cempedak.


Semakin jauh berjalan, belukar-belukar kecil berganti hutan, tetapi bukanlah hutan tebal. Udara di situ betul-betul segar tanpa pencemaran. Bak kata Tuan Haji Abu Hassan, Pengarah JAS Perak, kita beruntung kerana mendapat bekalan oksigen percuma. Jika di negara maju seperti Jepun, mereka terpaksa membeli oksigen-oksigen dalam tangki dengan harga yang mahal. Kalau Mariah Carey tahu, tentu beliau akan ke mari untuk mendapatkan oksigen percuma bagi menjaga vokalnya. Patutlah vokal CT Nurhaliza begitu mengancam.... Membesar dengan oksigen semulajadi dari hutan Pahang rupanya.

Sungai yang kami susuri itu, entah apa nama sungai itu, selain dari jernih airnya juga berbatu-batu dan berjeram-jeram. Keindahannya begitu unik sekali. Hanya bila kita berada di situ barulah kita tahu betapa berharganya alam semulajadi. Keindahan yang tidak dapat dicipta oleh manusia.

Penat berjalan, kami berehat sambil menikmati kesegaran air sungai. Tentulah boleh diminum dan sedap rasanya. Kalau tidak percaya, contact lah Middle Earth dan pergilah berkunjung ke situ.

Bergambar kenangan berlatarbelakangkan keindahan di situ adalah aktiviti wajib. Kalau tidak sia-sia aja si Aery menggendong tripod kameranya sampai jatuh-jatuh terkangkang dalam sungai.

Malangnya bukan di sepanjang jalan Aery dapat mengambil gambar. Apa taknya, kami semua kena berjalan dengan pantas supaya dapat tiba ke Lost Waterfall sebelum jam 12.00 tengahari. Dengar khabar, pada jam 12.00 tengahari kita akan dapat melihat butiran-butiran air terjun jatuh bak manik-manik halus di celah-celah cahaya mentari.

Kami tiba juga di Lost Waterfall!!! Tentulah sebelum jam 12.00 tengahari. Letih banget, tak larat nak beposing-mosing. Janji ada gambar je udah. Bagaimanapun, senyuman menten.



Tuan Haji berhenti berehat sebelum menyeberangi balak tumbang yang merentangi sungai. Susah untuk menyeberangi balak ini terutama bagi mereka yang gayat. Aku pun sesak nafas gak dibuatnya....

Cupp sekejap! Ini belum lagi sampai ke Lost Waterfall sebenarnya. Lost Waterfall terletak 15 minit berjalan brutal dari tempat ini. Kami cuma berehat untuk makan tengahari di sini.
Ingin bersama kami ke Lost Waterfall? Tunggu.......

Wednesday, October 21, 2009

PENGEMBARAAN BERMULA

Jauh juga jarak di antara Middle Earth dengan jalan masuk ke hutan yang menuju ke tempat perkhemahan kami. Memang ler teruja sesangat. Mana tak nya, pertama kali berpeluang mengembara ala Camel Trophy gitu. Muka-muka macho dalam gambar tu adalah di antara hardcore-hardcore aksi-aksi lasak dalam ekspedisi ini.Separuh perjalanan yang berliku, berbuku dan bergemerutu (gemerincing +gerutu), 4WD yang aku naiki terseliuh rodanya menyebabkan ia hampir terbalik. Pada mulanya Ijoy pemandu gebu yang memandu 4WD ini beritahu supaya kami jangan risau.... Tapi weh makin lama makin terpeleot kenderaan tersebut.... Senget dan hampir nak terbalik. Apa lagi, cabut ke luar le. Macho tu macho le jugak, tapi kalau apa-apa jadi, cacat nanti gue... Nga' bisa deh... Mesti dorang kata aku jugak yang membawa suey....

Terbalik pun, berposing itu kemestian. Bukan apa, bagi menghilangkan tensi gitu...



Aku lupa sebenarnya apa yang berlaku selepas itu. Kalau tak silap, selepas berbagai-bagai cara dicuba tidak berhasil, mamat sorang ni kononnya telah menggunakan tai-chi untuk memusingkan kenderaan 4WD tersebut. Ada yang kata dia tu X-Men... Boleh guna kuasa cacat genetiknya tu. Apa-apa pun, syukurlah sebab kenderaan tersebut telah berjaya dibawa keluar dari masalah yang mencemaskan itu. Kisah benar ini aku kutip dari cerita-cerita kengkawan yang menyaksikan kejadian sebab aku pada masa itu tidur nyenyak dalam kenderaan tu.

Entahlah, semenjak 4WD tu hampir terbalik, hero kita yang sorang ni tak nak duduk kat dalam kenderaan... Dia kata, ngga' ape, gue duduk di bumbung aje... Kalau nanti mobilnya puter-puter, gue boleh cepat2 lompat aje serupa itu kera...






Sebenarnya, keseronokan pengembaraan ini ialah halangan-halangan yang ditempuhi di sepanjang perjalanan. Bila lagi nak merasa buat titi guna balak bulat kan? Biasa kalau kat kampung halaman sendiri, tak layan sangat bila nampak ada titi roboh. Kat sini, nak tak nak kenalah buat gak. Kalau tak tak sampai ke destinasi....







Selain melalui titi balak bulat, kami juga terpaksa mengharungi kawah-kawah bubur.... Bubur Cha-Cha ada, Bubur Lambuk ada, Bubur Kacang ada.... Semua kenderaan kami sangkut.... Terbenam dalam lumpur....






Macam mana nak keluar dari lumpur? Pakai apa lagi, pakai khidmat X-Men le dengan kebolehan cacat genetik kan?
Kalau tak percaya, kena lah pergi mengalaminya sendiri...







Kami tiba ke destinasi waktu hampir senja. Kawasan perkhemahan kami begitu indah, tenang, damai dan gemersyahdu (gemerincing + syahdu) bak kata Datin Seri Gemerincing. Udaranya segar-bugar. Khemah-khemah telah siap disediakan oleh team dari Middle Earth. Mereka siap set-up dapur untuk memasak... Macam dalam Ole-ole Chef Wan tu. Tapi kat sini Chef Edi.

Malam itu kami disajikan dengan set Nasi Tomato kalau tak silap. Sedap... Macam kat kenduri kahwin.
Kami berkhemah di kawasan yang berhampiran sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Alamak, tak sempat nak ambil foto sungai itu. Kena mandi cepat-cepat, nanti kalau dah gelap susah....
Walaupun berkhemah, suasananya memang selesa. Tak der la macam kat rumah, tapi bolehlah dikatakan macam kat kawasan peranginan. Kalau tak percaya, kenalah pergi mengalaminya sendiri. Contact aja Che' Wan atau Edi atau Amer kat Middle Earth tu. Nanti aku bagi contact number...




Selepas makan malam, Edi dan kawan-kawannya dari Middle Earth telah memberikan taklimat kepada kami tentang jadual aktiviti untuk keesokan harinya...
Ya, masih teruja tapi dah ngantuk.... Kami pun tidur dulu... Esoknya nak guna banyak tenaga kan...





Nak pergi ke mana? Tentulah menjejak Lost Waterfalls...
Lost Waterfalls tu bukan kat tepi kawasan perkhemahan kami. Ianya lebihkurang 4 jam perjalanan dari kawasan perkhemahan kami ini dengan berjalan kaki. Kalau berjalan itek, 4 hari rasanya.... Tu sebab kat situ tak ada itek. Itek DIGI pun tak ada...
Jom teruskan aksi bersama S.U.Z.I.?

Tuesday, October 20, 2009

KE MIDDLE EARTH





Memang sebelum itu ada juga terbaca kisah berkenaan tempat ini yang kononnya bukan semua orang berjaya menjejakkan kaki ke situ. Memanglah teringin banget gitu untuk sampai ke tempat-tempat seperti ini. Tak sangka lah pulak dapat juga peluang itu... Kami diajak lagi oleh Jabatan Alam Sekitar Perak untuk menyertai XPDC mereka ke Lost Waterfalls di Jerantut. Selepas XPDC ke Gunung Tahan ditunda, frust menonggeng jugalah kami yang memang dikira hardcore ler dalam bab-bab aksi ini. XPDC ke Lost Waterfall benar-benar mengubati gelojak jiwa kami yang ingin terus beraksi... Pagi-pagi lagi ler dah sampai berkumpul di depan Bangunan Seri Kinta, takut tertinggal. Perjalanan dari Ipoh ke Jerantut biasa aja... Macam masa zaman sekolah dulu, naik bas ramai-ramai nak balik kampung... Cut short aja ler part naik bas tu. Tak kuasa nak posing banyak2 di sepanjang jalan... Orang kata save the best for the last cam tu... Betul ke frasa ku ini?

Masih segar di ingatanku, kami tiba di bandar Jerantut tengahari. Sesampai aja kat situ bas yang kami naiki itu rosak... Aku dah agak dah tentu mereka kata aku ler yang membawa suey... Padahal bas tu memang yang paling murah sewanya kat Ipoh... BJ lah... Apa pun kita sepatutnya bersyukur sebab dah sampai baru rosak. Dibuatnya rosak masa kat Genting Highland, tak ke palam dibuatnya di puncak gegunung itu....

Bandar Jerantut sederhana je saiznya dan kesesakannya tetapi cantik dan hapenning juga. Kami pun tak sempat nak berpeleseran kat situ. Masing-masing dah lapar giler gitu... Nak cepat-cepat ke Middle Earth Motel & Cafe.
Nampak aja soyok-soyok Middle Earth itu terperonyok antara kedai-kedai lain yang lebih kurang macam lorong-lorong belakang di Chicago gitu... Tak pernah sampai Chicago, agak-agak je guna imaginasi... He he... Tapi weh, keles betul Middle Earth tu... Terasa macam berada kat South Africa pulak... Tak percaya kalau, gi le sendiri.....


Kami dihidangkan dengan sajian istimewa tengahari itu. Makanan kat Middle Earth memang sedap. Menunya nampak biasa tapi resipinya betul-betul special. Macam makan kat 5-star hotel. Semuanya dimasak oleh Chef kat situ yang bernama Edi (betul ke aku spell ni? Ah lantaklah, nak cepat ni...).

Selepas makan, sementara menunggu untuk bertolak, kami sempat bersantai-santai sambil jamming 2-3 bentar (bukan setakat sebentar). Hiasan dalaman Cafe Middle Earth memang ada sentuhan gabungan santai, adventure dan teruja.




First time nak pergi mengembara dengan pacuan empat roda atau 4WD, kemaruklah juga... Bergambar sakan... Bukan senang nak bergambar dengan 4WD yang real punya... Yang memang betul-betul masuk hutan.... Lagipun, pakai kamera digital bukannya luak pun kalau nak klik 1000 x. Kalau muka tu tak nampak hensem macam Brad Pitt ke atau paling kurang hensem macam aku ke, delete aja...




Macam biasa kami pun bergambar beramai-ramai bersama banner berskala garuda gitu bagi seisi alam nampak tujuan kami ke situ. Dorang ni gelak-gelak, sengih-sengih teruja sangat le tu. Tak tahu apa yang menunggu mereka kat sana nanti....
Ingin tahu...? Jom beraksi bersama S.U.Z.I.






Thursday, October 15, 2009

MENJEJAK LOST WATERFALLS


Mendengar nama Lost Waterfalls, ramai yang tertanya adakah ia air terjun yang telah hilang dari peta.... Air terjun yang mungkin hanya terdapat dalam lagenda, hikayat ataupun dongeng.... Jika begitu, mungkin hanya Lara Croft sahaja yang dapat menjejakinya...