Wednesday, October 21, 2009

PENGEMBARAAN BERMULA

Jauh juga jarak di antara Middle Earth dengan jalan masuk ke hutan yang menuju ke tempat perkhemahan kami. Memang ler teruja sesangat. Mana tak nya, pertama kali berpeluang mengembara ala Camel Trophy gitu. Muka-muka macho dalam gambar tu adalah di antara hardcore-hardcore aksi-aksi lasak dalam ekspedisi ini.Separuh perjalanan yang berliku, berbuku dan bergemerutu (gemerincing +gerutu), 4WD yang aku naiki terseliuh rodanya menyebabkan ia hampir terbalik. Pada mulanya Ijoy pemandu gebu yang memandu 4WD ini beritahu supaya kami jangan risau.... Tapi weh makin lama makin terpeleot kenderaan tersebut.... Senget dan hampir nak terbalik. Apa lagi, cabut ke luar le. Macho tu macho le jugak, tapi kalau apa-apa jadi, cacat nanti gue... Nga' bisa deh... Mesti dorang kata aku jugak yang membawa suey....

Terbalik pun, berposing itu kemestian. Bukan apa, bagi menghilangkan tensi gitu...



Aku lupa sebenarnya apa yang berlaku selepas itu. Kalau tak silap, selepas berbagai-bagai cara dicuba tidak berhasil, mamat sorang ni kononnya telah menggunakan tai-chi untuk memusingkan kenderaan 4WD tersebut. Ada yang kata dia tu X-Men... Boleh guna kuasa cacat genetiknya tu. Apa-apa pun, syukurlah sebab kenderaan tersebut telah berjaya dibawa keluar dari masalah yang mencemaskan itu. Kisah benar ini aku kutip dari cerita-cerita kengkawan yang menyaksikan kejadian sebab aku pada masa itu tidur nyenyak dalam kenderaan tu.

Entahlah, semenjak 4WD tu hampir terbalik, hero kita yang sorang ni tak nak duduk kat dalam kenderaan... Dia kata, ngga' ape, gue duduk di bumbung aje... Kalau nanti mobilnya puter-puter, gue boleh cepat2 lompat aje serupa itu kera...






Sebenarnya, keseronokan pengembaraan ini ialah halangan-halangan yang ditempuhi di sepanjang perjalanan. Bila lagi nak merasa buat titi guna balak bulat kan? Biasa kalau kat kampung halaman sendiri, tak layan sangat bila nampak ada titi roboh. Kat sini, nak tak nak kenalah buat gak. Kalau tak tak sampai ke destinasi....







Selain melalui titi balak bulat, kami juga terpaksa mengharungi kawah-kawah bubur.... Bubur Cha-Cha ada, Bubur Lambuk ada, Bubur Kacang ada.... Semua kenderaan kami sangkut.... Terbenam dalam lumpur....






Macam mana nak keluar dari lumpur? Pakai apa lagi, pakai khidmat X-Men le dengan kebolehan cacat genetik kan?
Kalau tak percaya, kena lah pergi mengalaminya sendiri...







Kami tiba ke destinasi waktu hampir senja. Kawasan perkhemahan kami begitu indah, tenang, damai dan gemersyahdu (gemerincing + syahdu) bak kata Datin Seri Gemerincing. Udaranya segar-bugar. Khemah-khemah telah siap disediakan oleh team dari Middle Earth. Mereka siap set-up dapur untuk memasak... Macam dalam Ole-ole Chef Wan tu. Tapi kat sini Chef Edi.

Malam itu kami disajikan dengan set Nasi Tomato kalau tak silap. Sedap... Macam kat kenduri kahwin.
Kami berkhemah di kawasan yang berhampiran sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Alamak, tak sempat nak ambil foto sungai itu. Kena mandi cepat-cepat, nanti kalau dah gelap susah....
Walaupun berkhemah, suasananya memang selesa. Tak der la macam kat rumah, tapi bolehlah dikatakan macam kat kawasan peranginan. Kalau tak percaya, kenalah pergi mengalaminya sendiri. Contact aja Che' Wan atau Edi atau Amer kat Middle Earth tu. Nanti aku bagi contact number...




Selepas makan malam, Edi dan kawan-kawannya dari Middle Earth telah memberikan taklimat kepada kami tentang jadual aktiviti untuk keesokan harinya...
Ya, masih teruja tapi dah ngantuk.... Kami pun tidur dulu... Esoknya nak guna banyak tenaga kan...





Nak pergi ke mana? Tentulah menjejak Lost Waterfalls...
Lost Waterfalls tu bukan kat tepi kawasan perkhemahan kami. Ianya lebihkurang 4 jam perjalanan dari kawasan perkhemahan kami ini dengan berjalan kaki. Kalau berjalan itek, 4 hari rasanya.... Tu sebab kat situ tak ada itek. Itek DIGI pun tak ada...
Jom teruskan aksi bersama S.U.Z.I.?