Thursday, October 15, 2009

MENJEJAK LOST WATERFALLS


Mendengar nama Lost Waterfalls, ramai yang tertanya adakah ia air terjun yang telah hilang dari peta.... Air terjun yang mungkin hanya terdapat dalam lagenda, hikayat ataupun dongeng.... Jika begitu, mungkin hanya Lara Croft sahaja yang dapat menjejakinya...


Tak main lah Lara Croft, S.U.Z.I. jugak bisa menjejakinya weh.... Lost Waterfalls di Jerantut ini bukanlah air terjun yang telah pupus dari peta tetapi ianya sebuah air terjun di mana air yang jatuh (yang terjun tu le ek?) tidak bertakung mahupun mengalir menjadi aliran sungai sebaliknya terus hilang atau melesap dipermukaan batu-batuan pada mana ia jatuh. Bagaimana ia bisa melesap? Kalau mahu tahu jawapannya, tanyalah BJ.... Sebab isteri BJ tu lulusan Geologi. mesti tahu menjelaskan secara saintifiknya....

Kali ini pengembaraan S.U.Z.I. bersama Jabatan Alam Sekitar Perak meneroka kawasan indah di bandar Jerantut ini dengan menaiki pacuan 4 roda..... Best tau! Terutama kerana ada ramai abang-abang macho dari Middle Earth... Jom kita ke sana???

No comments: